Masalah lumpuh atau paralisis ialah keadaan di mana satu atau beberapa bahagian anggota tubuh tidak dapat digerakkan. Keadaan ini terjadi daripada masalah gangguan pada otot, saraf atau otak berpunca daripada kecederaan atau penyakit tertentu.
Masalah lumpuh yang terjadi mungkin bersifat sementara atau kekal, baik kepada penghidap yang hanya mengalami lemah anggota tubuh mahupun kepada anda yang tidak mampu menggerakkan beberapa anggota tubuh.
Pastinya menjadi satu mimpi ngeri buat anda yang mengalami masalah ini. Kami faham bagaimana perasaan anda apabila perlu mengubah cara hidup dan rutin harian anda disebabkan pergerakan yang terbatas.