Kecederaan sukan boleh berlaku kepada semua peringkat umur tidak kira lelaki atau wanita yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Terdapat banyak jenis kecederaan sukan yang mungkin berlaku sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti sukan. Pastinya bagi sesiapa yang mengalami kecederaan akan tidak dapat meneruskan aktiviti sukan disebabkan oleh masalah atau kesakitan yang di alami.
Di PHYSIO ACTIVE, terapis kami akan menjalankan pemeriksaan yang teliti untuk mengenal pasti punca masalah sebelum menjalankan rawatan. Proses ini adalah amat penting bagi merancang pelan rawatan atau rehabilitasi yang sesuai mengikut masalah yang anda hadapi.
Keadaan di mana ligamen ACL terkoyak atau putus disebabkan oleh trauma atau bergerak / berhenti mengejut bersama bunyi “POP”.
Keadaan di mana anda berasa sakit pada bahagian tulang kering atau keting. Biasanya terjadi kepada pelari jarak jauh.
Keadaan di mana kaki terseliuh, ligamen di sebelah luar buku lali akan meregang dan berkemungkinan terkoyak.
Keadaan yang terjadi apabila anda banyak melakukan pergerakan yang memerlukan anda bergerak ke kiri dan kanan seperti sukan bola sepak, hockey dan baseball. Sukan ini banyak menggunakan otot bahagian dalam paha anda.
Keadaan di mana otot pada bahagian belakang peha terlebih meregang dan berkemungkinan terkoyak.
Keadaan ini berlaku akibat dari pergerakan berulang kali sendi siku dan kebiasaannya berlaku kepada pemain badminton, tenis dan sukan tangan yang lain.
Kini anda tidak perlu risau lagi, PHYSIO ACTIVE mempunyai terapis yang berpengalaman dan pakar dalam program rehabilitasi sukan untuk membantu anda dari segi pemulihan dan pencegahan kecederaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan.