Masalah lewat perkembangan atau Global Developmental Delay (GDD) adalah keadaan di mana berlakunya kegagalan kanak-kanak mencapai lebih daripada dua (2) perkembangan asas tumbesaran membabitkan kemahiran kognitif, kemahiran motor, kemahiran pertuturan dan kemahiran sosial serta emosi kanak-kanak yang mengalami masalah ini.
Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah ini mempunyai ciri-ciri yang lebih rendah atau purata fungsi intelek yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal.
Kadangkala ramai ibu bapa yang tahu anak-anak mereka menghadapi masalah ini namun tidak mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar dan membiarkan sahaja masalah ini berlarutan. Hal ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius di masa akan datang dalam kehidupan anak-anak anda.