Physio Active Malaysia

Perkhidmatan konsultasi dan rawatan terbaik daripada PHYSIO ACTIVE akan memberikan satu perubahan positif dan pengalaman baru dalam kehidupan anda. Semua Fisioterapis di PHYSIO ACTIVE adalah berkelulusan, terlatih dan berpengalaman dalam merawat pelbagai masalah fizikal.

Kami bersedia dan komited membantu anda yang sedang mencari rawatan yang sesuai dan berkesan untuk masalah sakit otot, sendi,  tulang dan juga untuk anak-anak istimewa yang mempunyai masalah seperti lewat perkembangan (GDD), masalah serebral palsi dan lain-lain lagi. Terapis kami yang sopan, berdedikasi dan profesional akan membantu memberikan rawatan kepada anda dengan kaedah rawatan berasaskan kajian saintifik terkini termasuk Manual Therapy, Electrotherapy, Ultrasound Therapy, senaman dan nasihat penjagaan dimana ia sudah di aplikasi di negara luar sejak dahulu lagi.

Kami akan membantu anda dalam usaha mengekal dan meningkaktkan tahap kesihatan fizikal melalui pengurusan kesakitan (pain management), pemulihan fungsi tubuh dan pencegahan daripada berlakunya kecederaan. Kami juga akan membantu anda dalam menggalakkan proses pemulihan dan membantu dalam usaha bagi mengembalikan kualiti dan aktiviti harian kehidupan anda pada tahap yang optima.

MASALAH YANG KAMI RAWAT

RAWATAN SAKIT BELAKANG

RAWATAN SAKIT LEHER

RAWATAN SAKIT BAHU

RAWATAN SAKIT LUTUT

RAWATAN KECEDERAAN SUKAN

REHABILITASI LUMPUH

RAWATAN SEREBRAL PALSI

RAWATAN LEWAT PERKEMBANGAN

KAEDAH RAWATAN

TERAPI MANUAL

TERAPI ULTRASOUND

TERAPI ELEKTRIK

TERAPI SENAMAN