Palsi Serebral adalah masalah yang terjadi apabila berlaku kerosakan atau kecederaan otak dan menyebabkan kebolehan mengawal koordinasi serta pergerakan otot dalam badan pesakit terjejas. Kerosakan atau kecederaan pada bahagian otak boleh berlaku ketika kanak-kanak masih dalam kandungan atau selepas dilahirkan atau beberapa tahun pertama selepas dilahirkan.
Di PHYSIO ACTIVE, kami sangat menitik beratkan tentang fungsi dan kualiti pergerakan tubuh dan tahap kesihatan fizikal. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sememang nya memerlukan rawatan Fisioterapi dan Terapi Carakerja untuk meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan mereka pada masa hadapan.
Palsi Serebral boleh berlaku sekiranya otak bayi tidak terjadi secara normal ketika di dalam kandungan, atau otak bayi tercedera semasa atau selepas lahir. Punca lain Palsi Serebral termasuk:
Kami faham anda sedang mencari-cari tempat rawatan dan latihan yang sesuai untuk anak-anak yang mengalami masalah Palsi Serebral ini. Terapis di PHYSIO ACTIVE amat berpengalaman dalam merawat dan melatih kanak-kanak yang mengalami masalah ini.
Jika anda ingin meningkatkan kualiti kehidupan anak-anak anda, hubungi kami sekarang untuk tempahan slot temujanji.