Masalah kelewatan bahasa dan pertuturan adalah masalah di mana kanak-kanak masih belum mampu mengeluarkan perkataan bermakna apabila menjejak usia 12 bulan hingga 18 bulan. Masalah ini melibatkan pemahaman dan komunikasi secara lisan dan bukan lisan, manakala kelewatan pertuturan adalah masalah yang dihadapi kanak-kanak untuk membentuk bunyi yang betul apabila menyebut perkataan.
Kita semua sedia maklum bahawa setiap kanak-kanak memerlukan masa yang berbeza untuk menguasai sesuatu kemahiran, namun jika anak anda sudah berusia lebih dari 12 bulan tetapi masih tidak mampu menyebut perkataan-perkataan mudah, anda perlu membawa anak anda mandapatkan nasihat, latihan dan rawatan daripada pakar.