Lembam atu “slow learner” bermaksud kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / sekolah biasa atau menunjukkan prestasi akademik di bawah tahap sederhana berbanding kanak-kanak seusia dengan mereka.
Kanak-kanak lembam atau “slow learner” tidak dikategorikan sebagai dalam masalah pembelajaran atau terencat akal kerana mereka masih boleh mencapai tahap akademik yang sederhana walaupun pada kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal.
Terapis bertauliah, terlatih dan berpengalaman di PHYSIO ACTIVE bersedia dan komited dalam membantu anak-anak anda yang mengalami masalah in.
Kami faham bagaimana perasaan ibu bapa yang sering mendapat aduan dari guru yang mengajar anak-anak anda di sekolah mengatakan prestasi mereka tidak mencapai tahap yang memuaskan dan jauh berbeza dengan murid yang lain.
Jangan terus memarahi anak anda tanpa usul periksa dan sebelum mendapatkan nasihat daripada pakar. Bawa anak anda untuk pemeriksaan dan kami bersedia memberikan latihan serta rawatan yang sesuai bagi meningkatkan prestasi anak dan seterusnya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna pada masa hadapan.