fbpx

Physio Active Malaysia

JALANI KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau kurang daya tumpuan dan hyperaktif adalah satu kecelaruan yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki. Mereka yang mengalami masalah ADHD akan mempunyai kesukaran menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dan sering mempamerkan tingkah laku yang kurang sabar. ADHD melibatkan 3 jenis masalah iaitu kurang daya tumpuan, hyperaktif dan impulsif (menurut kata hati).

Pastinya ibu bapa akan risau apabila anak-anak menunjukkan gejala seperti kanak-kanak ADHD. Kami di PHYSIO ACTIVE bersedia dan komited dalam mengenal pasti masalah anak-aank anda dan memberikan latihan serta rawatan yang sesuai dengan keadaan mereka. Dapatkan rawatan, latihan dan teknik pengurusan dari peringkat awal usia untuk anak anda bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka pada masa akan datang.

ADAKAH ANAK ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM SEPERTI DI BAWAH ?

RAWATAN DAN LATIHAN

LATIHAN PERHATIAN DAN KONSENTRASI

LATIHAN INTEGRASI SENSORI

LATIHAN FUNGSI KOGNITIF

LATIHAN FUNGSI MOTOR HALUS

LATIHAN FUNGSI MOTOR KASAR

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD ini, Terapis Carakerja terlatih dan berpengalaman di PHYSIO ACTiVE akan menjalankan pemeriksaan secara teliti bagi mengenal pasti simptom dan masalah yang anak anda hadapi. Tidak semua kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan menunjukkan atau mempunyai masalah yang sama.

Latihan dan rawatan yang akan diberikan adalah bertujuan untuk melatih anak-anak dari peringkat awal supaya mereka boleh mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi sepeti yang dinyatakan di atas.

Kami faham bagaimana rasanya apabila guru di sekolah sering mengadu tentang masalah tumpuan dan tingkah laku anak semasa di sekolah. Ibu ayah jangan terus biarkan anak-anak anda jika mengalami masalah ini. Bantu mereka untuk masa depan yang lebih bermakna.

Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan.

Back to top