Masalah Autisme adalah masalah gangguan pembesaran neurologi dan ketidakseimbangan kimia pada otak dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi dan menjalankan aktiviti harian seperti kanak-kanak normal. Gejala Autisme boleh dikenal pasti seawal usia kurang daripada 3 tahun.
Kami sangat faham bagaimana rasanya apabila anak anda disahkan mengalami masalah Autisme. Namun, ini bukanlah masalah yang membuatkan anak-anak anda tidak boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal. Pengurusan dan rawatan dari peringkat awal usia adalah amat penting bagi mengajar anak-anak Autisme untuk menjalani kehidupan.
Di PHYSIO ACTIVE, Terapis Carakerja kami amat berpengalaman dan terlatih dalam mengenal pasti masalah anak-anak Autisme dan melatih serta memberikan rawatan yang terbaik untuk mereka.